Time of the day. Cherish it before it flies away


Get a Stopwatch like this or make your own! At: Online Stopwatch

Tuesday, 22 November 2016

TENTATIF PROGRAM

Pihak kami memohon maaf kerana terdapat sedikit perubahan pada masa bertolak dari UPM. Di bawah merupakan tentatif yang terkini yang pihak tuan dan puan boleh rujuk.Kami memohon maaf atas segala kesulitan. Terima Kasih pihak tuan dan puan kerana memberi kerjasama.

TENTATIF KLUSTER A( Darjah 4,5 dan 6)

SABTU
9.00a.m – 9.30a.m : Berkumpul dan pendaftaran di Masjid Putra,UPM
9.30a.m : Bertolak ke Photon Valley
10.30a.m – 11.00a.m : Sesi taklimat
11.00a.m – 12.00p.m : Modul 1 (Ice breaking)
12.00p.m - 1.00p.m : Pre Test Assessment
1.00p.m - 2.00p.m : Solat zuhur dan makan tengah hari
2.00p.m -4.00p.m : Modul 2 (Aplikasi sebarang nombor)
4.00p.m – 5.00p.m : Solat asar dan minum petang
5.00p.m – 6.00p.m : Riadah
6.00p.m - 7.00p.m : Hemah diri ,makan malam
7.00p.m – 8.30p.m : Solat maghrib , tazkirah dan solat isyak
8.30p.m – 10.30p.m : Modul 3 (Easy Multiplication)
10.30p.m – 11.00p.m : Minum malam

AHAD
6.00a.m - 7.30a.m : SolatSubuh,tazkirah dan minum pagi
7.30a.m – 10.00a.m : Modul 4 (Outdoor Activities + Jungle Trekking)
10.00a.m -11.00a.m : Hemah diri
11.00a.m - 1.00p.m : Modul 4 slot 2 (Masa dan Waktu)
1.00p.m - 2.30p.m :Solat Zohor dan Makan tengah hari
2.30p.m – 4.30p.m : Modul 5 (Pecahan )
4.30p.m - 5.30p.m : Minum petang dan Solat Asar
5.30p.m – 6.30p.m : Modul 6 (Riadah)
6.30p.m - 7.15p.m : Makan malam dan Hemah diri
7.15p.m - 8.30p.m : Solat Maghrib ,Tazkirah dan Solat Isyak
8.30p.m – 9.30p.m : Modul 7  (Isipadu, Luas, Berat, Panjang)
9.30p.m - 11.00p.m : BBQ dan Minum Malam
11.00p.m – 12.00a.m : Modul 8 (Night walk)

ISNIN
6.00a.m - 7.00a.m : Solat Subuh dan tazkirah
7.00a.m - 9.00a.m : Senamrobik, Minum Pagi dan hemah diri
9.00a.m – 11.00a.m : Modul 9 (Revision)
11.00a.m – 12.00p.m : Post-test assessment
12.00p.m - 1.30p.m : Makan tengah hari dan solat zohor
1.30p.m - 2.30p.m : Sesi penilaian bersama fasilitator
2.30p.m – 4.00p.m : Majlis penutup

4.00p.m : Bertolak balik ke masjid putra,upm



TENTATIF KLUSTER B( Tingkatan 1,2 dan 3)

SABTU
9.00a.m – 9.30a.m : Berkumpul dan pendaftaran di Masjid Putra,UPM
9.30a.m : Bertolak ke Photon Valley
10.30a.m – 11.00a.m : Sesi taklimat
11.00a.m – 12.00p.m : Pre-Test Assessment
12.00p.m – 1.00p.m : MODUL 1 (Ice Breaking)
1.00p.m - 2.00p.m : Solat zuhur dan makan tengah hari
2.00p.m – 4.00p.m : MODUL 2 (Pecahan dan Algebra)
4.00p.m - 5.00p.m : Solat asar dan minum petang
5.00p.m - 6.00p.m : Riadah
6.00p.m -7.00p.m : HemahDiri dan Makan malam
7.00p.m - 8.30p.m : Solat Maghrib ,Tazkirah dan Solat Isyak
8.30p.m-10.30p.m : MODUL 3 (Penjelmaan)
10.30p.m - 11.00p.m : Minum Malam

 AHAD
6.00a.m - 7.30a.m : Solat Subuh,tazkirah dan minum pagi
 7.30a.m-11.30a.m : MODUL 4 (Outdoor Activities + Jungle Trekking)
11.30a.m - 2.30p.m : Hemahdiri,makan tengah hari dan solat zohor
 2.30p.m -4.30p.m : MODUL 5  (NomborPrima,Pendaraban,FaktordanIsipaduluas kawasan dan pelan diagram 3D)
4.30p.m - 5.00pm :Minumpetang dan Solat Asar
5.00p.m-6.30pm : MODUL 6 (SudutdanTeoremPhythagoras)
6.30p.m - 7.15p.m : Makan malam dan Hemah diri
7.15p.m - 8.30p.m : Solat Maghrib ,Tazkirah dan Solat Isyak
8.30p.m – 9.30p.m : MODUL 7 (StatistikdanIndeks)
9.30p.m - 11.00p.m : BBQ dan Minum Malam
 11.00p.m-12.00a.m : MODUL 8 (Night Walk)

  ISNIN
6.00a.m - 7.00a.m : Solat Subuh dan tazkirah
7.00a.m - 9.00a.m : Senamrobik, Minum Pagi dan hemah diri
9.00a.m- 11.00a.m :  MODUL 9 (Sudut binaan, Bulatan, Luas kawasan 2D)
11.00a.m- 12.00p.m : Revision
12.00p.m – 1.00p.m : Post-test assessment
1.00p.m - 2.00p.m : Makan tengah hari dan solat zuhur
2.00p.m – 2.30p.m : Sesi penilaian bersama fasilitator
2.30p.m – 4.00p.m : Majlis penutup
4.00p.m - Bertolak balik ke masjid putra, upm

Tuesday, 8 November 2016

Media Sosial Program Gempak Matematik

Selain daripada blog, Program Gempak Matematik juga mempunyai akaun media sosial yang lain seperti twitter,instagram dan facebook.Anda boleh follow kami di mana-mana media sosial berkenaan untuk sebarang maklumat terkini.

Di bawah merupakan link atau nama ID program ini :-

Twitter : https://twitter.com/kpm_upm  (ID : PMK_KPM)
Instagram: https://www.instagram.com/programgempakmaths/  (ID : programgempakmaths)
Facebook: https://www.facebook.com/Program-Gempak-Matematik-2016-1212340648846321/  (ID : Program Gempak Matematik 2016)

instagram
Facebook

Twitter

Pengedaran flyers di sekolah-sekolah sedang dipergiat


Pada minggu ini para fasilitator masih lagi mengedarkan flyers dengan lebih aktif.Kami keluar ke sekolah-sekolah di sekitar serdang,seri kembangan, balakong,bandar baru bangi,puchong,putrajaya dan lain-lain.Kami sangat mengaharapkan sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar untuk menjayakan program ini.Program gempak matematik ini merupakan program yang berlainan dengan program/kem yang biasa diadakan.Program ini menggunakan konsep pre n post test pada awal dan akhir program.Seterusnya, konsep buddy system 1:3 iaitu konsep 1 fasilitator kepada 3 orang adik angkat.Sepanjang program dijalankan, peserta dipantau dan dibantu oleh fasilitator pada setiap masa.Untuk keterangan lebih lanjut , boleh scroll post yang lepas telah diterangkan serba sedikit latar belakang program gempak matematik ini.

Berikut merupakan aktiviti pengedaran flyers di sekolah-sekolah:-
SMK Seri Indah, Serdang

SMK Seri Indah, Serdang

Flyers diedar kepada ibu bapa- Sekolah Rendah Agama Bukit Kucai,Puchong

SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi

SMK Jalan 3,Bandar Baru Bangi


Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Seri Kembangan
 
SMK presint 8(1), Putrajaya
SMK Presint 16(1),Putrajaya

 Selain mengedarkan flyers di sekolah-sekolah, fasilitator program juga mengedarkan flyers di fakulti yang terdapat dalam UPM.Pengedaran flyers tertumpu kepada terutamanya pensyarah dan staf-staf UPM.
Di bawah merupakan kepingan gambar pengederan flyers sekitar fakulti: -


Pensyarah Fakulti Bioteknologi

Fakulti Pengajian Pendidikan





Menghebah di dalam Putra FM

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberi kesempatan untuk menghebahkan program gempak matematik ini di dalam Putra FM iaitu radio rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM) di frekuensi 90.7. Dr Effendy dan dua orang wakil fasilitator telah mengahadiri sesi temuramah yang berlangsung selama satu jam.Mereka mengulas serba sedikit tentang program yang akan dijalankan nanti.Tujuan kami menghebahkan program gempak matematik di Putra FM adalah untuk memberitahu masyarakat terutamanya pensyarah dan staf-staf UPM akan program ini.Dengan ini, kebarangkalian staf UPM berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke program ini.Tambahan pula, ibu bapa di luar sana juga boleh  mendaftarkan anak-anak ke program ini.Cepat daftar segera !!! Pendaftaran dibuat secara online . (Link pendaftaran berada pada bio blog sebelah kanan)

Di bawah merupakan kepingan gambar sekitar temu ramah bersama Putra FM:-

Dari kiri - Dr Effendy , Azim,Muhsin , DJ Putra FM
               

Friday, 4 November 2016

Pengedaran flyers di sekolah-sekolah

Aktiviti pemasaran untuk program gempak matematik ini sedang dipergiat.Seperti entri yang lepas, penjualan air herba untuk meningkatkan dana program, penjualan itu juga secara tidak langsung telah memasarkan program gempak matematik ini.Selain itu, baru-baru ini dua orang wakil fasilitator keluar ke sekolah-sekolah yang berdekatan untuk mengedarkan 'flyers' kepada pelajar-pelajar sekolah.Program ini sangat bermanfaat terutama para pelajar yang bermasalah dalam subjek matematik.Tambahan pula, program ini dapat mengisi waktu lapang para pelajar pada musim cuti sekolah.Ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak dialu-alukan untuk mendaftar secara online dengan segara di SINI
Dibawah merupakan kepingan gambar sekitar dua orang wakil fasilitator mengedarkan 'flyers' di sekolah-sekolah:-


Flyers

Wednesday, 2 November 2016

Pengumpulan dana Program Gempak Maths 2016

Kami, mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) kejuruteraan proses dan makanan telah mengadakan jualan minuman herba pada minggu usahawan fakulti kejuruteraan.Perniagaan kami dijalankan di foyer auditorium fakulti kejuruteraan dan ia berlangsung selama 3 hari.Usaha kami dan Dr Effendy menjalankan perniagaan ini demi mengumpul dana untuk menjayakan program gempak matematik yang akan diadakan pada 26 sehingga 28 November 2016.Jika pihak tuan/puan ingin menyumbang dana untuk program ini sangat kami alu-alukan.Sila hubungi nombor telefon yang tertera pada 'header' blog untuk saluran dana dan sebarang pertanyaan.



Selain itu, beberapa minggu kebelakangan ini kami telah mengadakan mesyuarat dengan semua fasilitator untuk program gempak matematik ini.Kesemua fasilitator juga telah menjalankan simulasi masing-masing dengan bantuan daripada pelatih profesional yang ada.Dalam mesyuarat ini kami telahpun membincangkan modul-modul yang akan dijalankan untuk program nanti.Modul-modul yang akan dijalankan nanti telahpun disemak dan disaring oleh pelatih profesional UPM. Di bawah merupakan kepingan gambar sekitar mesyuarat bersama fasilitator-fasilitator program:-




Sambutan daripada pihak tuan dan puan atau pelajar-pelajar sangat kami harapkan untuk kami menjalankan program ini dengan jayanya.Terima kasih.

Wednesday, 19 October 2016

Pengenalan program


Program Kem Gempak Maths 2016 dianjurkan oleh kelab Mahasiswa Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan (PROFEC), Fakulti Kejuruteraan UPM dengan kerjasama Kariah Masjid al-Muttaqin Taman Equine, Seri Kembangan. Di dalam program ini para peserta akan dipecahkan kepada 2 kluster iaitu Kluster A (Sekolah Rendah) dan Kluster B (Menengah Rendah). Melalui pendekatan pre and post assessments yang akan dijalankan, para peserta akan dinilai secara berterusan bagi memastikan kemahiran matematik dapat dipertingkat melalui modul-modul yang berkesan dan interaktif. Para peserta juga akan melalui modul outdoor berkonsepkan Summer Camp dan  melalui konsep Buddy System di mana setiap peserta akan diagihkan kepada abang/ kakak angkat Mahasiswa UPM dengan nisbah 1:3. Yuran program yang dikenakan adalah di antara yang terendah dan menawarkan konsep output learning.

Monday, 10 October 2016

Pra pendaftaran telah dibuka

Assalamualaikum W.B.T dan salah sejahtera.

Kepada ibubapa/ Penjaga

Pra-pendaftaran untuk program Gempak Maths 2016 telah dibuka. Sila isi borang pendaftaran secara atas talian (scroll ke bawah) dan jelaskan deposit yuran pendaftaran untuk pengesahan. Maklumbalas adalah secara email (sila pastikan email adalah aktif)